Segarkan ingatan kepada pembunuhan jenayah kaum Rohingya di Myanmar
Published by Astro Awani on February 22, 2019
Dunia wajar diingatkan tentang jenayah kaum yang dilupakan, lama sesudah peristiwa Holocaust dan pembunuhan beramai-ramai etnik Kemboja oleh rejim Khmer Rouge. Pengasas Bersama Forces of Renewal Southeast Asia atau FORSEA, Dr Maung Zarni menegaskan, ada satu lagi peristiwa mirip Holocaust dan kekejaman Pol Pot, iaitu pembunuhan jenayah kaum terhadap Rohingya di Myanmar.